Saturday, November 8, 2014

Suami Curang Dengan Isteri Orang

Suami Curang Dengan Isteri Orang - Kisah Benar


Saya sudah berumah tangga lebih daripada lapan tahun. Mahligai kami memang membahagiakan. Saya mempunyai dua anak dan bakal menerima seorang lagi awal tahun depan. Saya memulakan kerjaya di selatan tanah air.

Berkat doa dan rasa cinta pada suami, saya berpindah ke utara bagi memenuhi tanggungjawab sebagai isteri yang sepatutnya sentiasa berada di sisinya. Hampir tiga tahun kami duduk bersama, tiada rintangan dan kami bahagia. Malangnya kasih saya pada suami tergugat dengan kehadiran orang ketiga.

Dia bekas rakan sekolah suami. Punah harapan saya. Berkali-kali saya mohon pada suami agar kembali setia tapi dia menolak. Lebih sedih apabila memikirkan suami merancang bernikah dengannya sungguhpun tahu wanita itu masih isteri orang.

Puas saya berdoa, manakala rakan banyak memujuk dan menyuruh saya bersabar. Saya kecewa dia langsung tak pernah memikir kesusahan yang saya alami sewaktu kami bersama. Suami kerap marah apabila saya menyebut mengenai wanita itu.



>> Rahsia Menambat Nafsu Suami - Elak Suami Curang <<



Saya tak pernah curang, malah apa juga kemahuan suami saya turutkan. Saya tertekan dengan keadaan ini seperti ‘habis madu sepah dibuang’. Mungkin Dang Setia boleh memberikan nasihat pada suami
saya agar dia dapat memahami sebelum segala-galanya terlambat.


suami curang dengan isteri orang

Sumber


bila isteri keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami

http://www.bonikacak.com/ Thu, 30 Oct 2014 07:28:00 -0700
isteri keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami, bila isteri curang, bila isteri selingkuh Memang amat menyakitkan bila orang yang kita cintai dan sayangi khianati cinta kita. Apa lagi orang itu adalah isteri atau suami kita ...

Polis 'ganggu' isteri orang – BorneoPost Online | Borneo ...
http://www.theborneopost.com/ Sun, 21 Sep 2014 15:19:31 -0700
Suaminya yang bekerja di luar beberapa hari lalu, tidak dapat mencari isterinya selepas kembali ke rumah pada hari Sabtu. Pada masa sama, dia turut menerima khabar angin mengenai kelakuan curang isterinya dengan ...

Cara mengatasi, Hukum dan Ciri Suami Istri selingkuh ...
http://fath102.wordpress.com/ Thu, 27 Jan 2011 03:08:41 -0800
Tidak mudah mengambil sikap yang tepat saat menghadapi suami atau isteri selingkuh karena biasanya pasangan yang baru ditinggal selingkuh merasa sangat sakit hati, marah, pikiran kalut dan pada sebagian orang akan ...

Suami, isteri orang curang dalam hotel dicekup - Pilihan Anda
http://pilihan-anda.blogspot.com/ Sat, 28 Jun 2014 18:15:00 -0700
Alor Setar: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin. Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 ...